Sejarah motor vespa bermula pada seabad silam 1884 oleh seorang warga Itali yang bernama Enrico Piaggo. Beliau mula merancang industri alat pengangkutan dengan alternatif kenderaan ringan. Maka pada tahun 1945, alternatif penciptaan motor vespa mula ditemui. Pada awalnya ia hanyalah sebuah basikal yang berkonsepkan motor berkerangka besi dengan lekuk membulat bagai terowong. TAHUKAN ANDA! bahawa perkara yang paling mengejutkan dalam penciptaan vespa ini pada awalnya ialah staternya dirancang dengan menggunakan komponen bom manakala rodanya diambil dari pesawat tempur (kapal terbang perang). Maka dengan itu muncullah buat pertama kalinya produk motor dengan siri P108. Motor ini berteknologi sederhana tetapi mempunyai bentuk yang amat menarik kerana rangka bentuk motor ini seolah-olah seperti lebah. Akibat daripada rekabentuknya itu, motor ini sering di gelar sebagai ‘Wespe’ atau ‘Vespa’.
Bagi mengoptimumkan bentuk dan keselesaan penggunanya, peniaga yang pada masa itu masih beroperasi di kaki lima mula merancang untuk mereka papan penutup kaki pada bahagian depan motor. Perancangan ini dipimpin oleh ahli teknik konstruksi terkenal di Itali pada masa itu iaitu Corradino d’Ascanio. Papan penutup kaki itu dicipta seakan-akan seperti papan peluncur dan terdapat sesetengah daripada pekerja mereka yang menggelarkan motor tersebut sebagai motor Paperino.
TAHUKAH ANDA! Bahawa motor vespa ini ternyata laris bagai kacang goreng dipasaran luar Negara seperti di Perancis, Belgium, Sepanyol, Brazil dan India. Mungkin anda tidak mengetahui mengapa motor vespa laris di Negara India.. Ini adalah kerana penduduk di Negara India kebanyakkannya menggunakan kain teruatama bagi kaum wanita yang gemar menggunakan kain sari. Keadaan ini memudahkan mereka menaiki vespa yang mesra pengguna. Negara India juga menghasilkan produk yang mempunyai jenis dan bentuk yang sama seperti vespa dengan mengambil mesin bajak sebagai bahan utama dalam mencipta vespa. Jenis bajak tersebut ialah Bajak Deluxe dan Bajak Super. Terdapat sejumlah pihak yang menawarkan untuk mengikuti projek pembuatan vespa ini.
Pada tahun 1950 muncullah vespa 125 cc buatan Jerman. Pada masa tersebut banyak Negara lain yang mencuba untuk membuat produk yang serupa tetapi ternyata mereka tidak sedikit pun mapu menyaingi Piaggio. Melalui penyelidikan yang telah di lakukan oleh pengkaji-pengkaji, fanatik (sifat begitu teruja) terhadap vespa ternyata muncul akibat daripada cirri dasar bentuk motor ini yang selalu dipertahankan pada setiap kali berlakunya revolusi terhadap pembuatan vespa. Bahkan semasa mereka melakukan revolusi bentuk pada produk baru iaitu Vespa 150 GS, keutamaan bahagian belakang vespa bahenol masih di kekalkan sehingga sekarang. Malahan motor vespa jenis 150 GS ini dikenali sebagai Vespamore dan hampir sering muncul di setiap filem pada tahun 1960-an. Pada tahun tersebut, handel motor vespa beserta lampu depannya di satukan tetapi secara keseluruhan bentuk bahagian belakang motor vespa tersebut benar-benar masih lagi berbentuk bulat tetapi unik.
Perkembangan pada peringkat seterusnya, vespa diarahkan dalam bentuk sport yang nampak pada produknya pada tahun 1951. Malahan produk tersebut sempat mendapat pingat emas untuk kategori motor sport di Eropah. Malahan kebenaran mengenai ketangkasannya terbukti dengan pecahnya rekod kecepatan 171 km/jam untuk kenderaan vespa bermesin siri 125 cc. Sejak itulah para Vespamania terlihat sering berkonvoi ke luar kota secara berombongan.
TAHUKAH ANDA!.. Pada tahun 1996, vespa telah merayakan ulang tahunnya yang ke-50 dengan melancarkan vespa generasi baru dengan pengenalan model ET4 125 cc. Pada tahun tersebut juga, penjualan vespa mencapai jumlah 15 juta terjual di seluruh dunia. Manakala pada tahun 1998, vespa PX yang model skuter terlaris di dunia dengan lebih 2 juta unit terjual sejak dilancarkan, menerima kembali gaya dan brek cakera depan. Pada tahun 2000 pula vespa butik pertama di Amerika Syarikat akan dibuka di Sherman Oaks, CA dan pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2001 vespa sekali lagi sedia dijual di Amerika Syarikat dengan 2 model vespa iaitu ET2 (50cc) dan ET4 (150cc) akan di jual di lebih daripada 30 buah butik.
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)