Wednesday, April 7, 2010

TAHUKAH ANDA...? Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari.

Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya.

Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu.

Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah.

Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih oleh menyejukkan badannya.

Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

SEDETIK INFO 6....

Sebenarnya.....Minda teransang melalui solat dan doa..TAHUKAH ANDA..?

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia.

Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya.

Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

KETAHUILAH BAHAWA....Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat.

Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

SEDETIK INFO 5...

KETAHUILAH BAHAWA...Kita mmpunyai dua pemikiran dalam masa yang sama...

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon.

Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda.

Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya.

TAHUKAH ANDA BAHAWA....Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

SEDETIK INFO 4...

TAHUKAH ANDA BAHAWA...Kita boleh mengawal minda untuk lebih berjaya??

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah.

Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya.

Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih.

Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya.

Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri.

KETAHUILA BAHAWA....Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

Sejarah Kereta Kebal...

TAHUKAH ANDA?? Prototaip kereta kebal pertama diuji bagi tentera British untuk kali pertama pada 6 September 1915.

Walaupun istilah "kapal darat" digunakan oleh The Admiralty, untuk mengekalkan rahsia, kenderaan awal dirujuk sebagai "pengangkut air" yang kemudian dipendekkan sebagai "tank" (tangki air dalam bahasa Inggeris).

Perkataan "tank" (tangki) digunakan untuk mengelirukan pekerja bahawa mereka sedang membina bekas air bertayar berantai untuk tentera British di Mesopotamia.

Ia dijadikan nama rasmi pada 24 Disember, 1915.

Lagenda menceritakan bahawa setelah disiapkan, kereta kebal itu dihantar ke Perancis tong kayu besar.

Untuk mengekalkan rahsia dan tidak menimbulkan tarikan kepada tong dan kereta kebal itu sendiri dilabel dengan tempat tujuan di Petrograd, Russia.

TAHUKAH ANDA BAHAWA....Sebenarnya kereta kebal tidak pernah dihantar dalam tong kayu...tulisan dalam bahasa Russia ditulis pada badan untuk penganggangkutan mereka dari kilang ke pusat latihan pertama di Thetford.

Kereta kebal pertama digunakan dalam pertempuran di dalam Pertempuran Somme pada 15 September 1916. Penggunaan kereta kebal secara besar-besaran dalam pertempuran berlaku dalam Pertempuran Cambrai pada 21 November 1917.

Walaupun kereta kebal pada akhirnya menjadikan perperangan parit Perang Dunia I lapuk, ia bukannya faktor penentu dalam perperangan itu.

Keputusan awal dengan kereta kebal adalah rendah, dengan kereta kebal terbukti tidak boleh diharap, berkuasa rendah, perisai lemah dan tidak berupaya bergerak dalam mukabumi medan perang.

Bagaimanapun, konsepnya dianggap bagus dan reka bentuk kereta kebal pihak bersekutu (termasuk Perancis) diperelok semasa perperangan.

Kereta kebal yang berikutnya lebih tahan, mempunyai enjin lebih berkuasa, mampu menahan peluru penembus perisai Jerman dan dengan bentuk rhomboid mampu mengatasi halangan besar. Jerman turut membina beberapa kereta kebal, tetapi tidak mendalami konsep ini dengan lebih jauh.

Antara dua perang dunia, konsep kereta kebal diterima, dan beberapa negara mereka dan membina kereta kebal.

Pelbagai saiz kereta kebal dipertimbangkan, dan usaha pembangunan yang banyak dilakukan bagi kereta kebal ringan yang boleh digunakan melawan infantri.

Bagaimanapun, dengan pertempuran kereta kebal melawan kereta kebal merupakan matlamat utama, ia menjadi jelas bahasa kereta kebal masa hadapan perlu dilengkapi dengan perisai berat dan membawa meriam besar.

Bentuk kereta kebal, dahulunya sepenuhnya mempertimbangkan melepasi halangan, sekarang ditukar, dengan profil rendah diingini untuk sukar dilihat dan stabil.

SEDETIK INFO 3...

TAHUKAH ANDA BAHAWA...Daya magnet dalam fikiran beremosi....??

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda.

Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu.

Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif.

Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

Sejarah Kapal Terbang Kertas...

Kapal terbang kertas ialah kapal terbang mainan yang dibuat daripada kertas.

Ia adalah reka bentuk yang paling asas dalam seni membentuk kertas

Dalam bahasa Jepanh ini disebut sebagai 紙飛行機 (kami hikoki; kami=kertas, hikoki=terbang).

Kapal terbang kertas adalah terkenal, karena ini adalah reka bentuk yang paling mudah dalam seni membentuk kertas.

Kapal terbang kertas semudah-mudahnya boleh disiapkan dalam 6 langkah.

Pada zaman sekarang, ada juga kapal terbang kertas yang dibuat daripada "cardboard".

Bahan kertas telah digunakan untuk membuat barang mainan sejak 2000 tahun dahulu di negeri Cina.

Pada masa itu, layang-layang telah menjadi permainan yang popular di sana.

Walaupun demikian, adalah tidak pasti,bahwa siapakah yang betul-betul menciptakan benda ini.

Adapun reka bentuk kapal terbang kertas ini semakin maju, tahun demi tahun.

Kapal terbang kertas mungkin telah diciptakan pada tahun 1909. Tetapi, kebanyakan orang akan menerima pendapat bahawa Jack Northrop telah menciptakan kapal terbang kertas pada tahun 1930.

Dalam hal itu, beliau telah menggunakan kapal terbang kertas untuk mengkaji selok-belok bagi pembuatan kapal terbang sebenar.

SEDETIK INFO 2...

TAHUKAH ANDA? manusia boleh berkomunikasi dengan minda ke minda?

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu.

Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda.

Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba.

Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur.

Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

Sejarah Pesawat

TAHUKAH KAMU?

Pesawat terbang yang lebih berat dari udara diterbangkan pertama kali oleh Wright Bersaudara iaitu Orville Wright dan Wilbur Wright dengan menggunakan pesawat rancangan sendiri yang dinamakan Flyer yang diluncurkan pada tahun 1903 di Amerika Serikat.

Selain Wright bersaudara, tercatat beberapa penemu pesawat lain yang menemukan pesawat terbang antara lain Samuel F Cody yang melakukan aksinya di lapangan Fanborough, Inggris tahun 1910.

Sedangkan untuk pesawat yang lebih ringan dari udara sudah terbang jauh sebelumnya.

Penerbangan pertama kalinya dengan menggunakan balon udara panas yang ditemukan seorang warga Perancis bernama Joseph Montgolfier dan Etiene Montgolfier terjadi pada tahun 1782, kemudian disempurnakan seorang Jerman yang bernama Ferdinand von Zeppelin dengan memodifikasi balon berbentuk cerutu yang digunakan untuk membawa penumpang dan barang pada tahun 1900.

Pada tahun tahun berikutnya balon Zeppelin menguasai pengangkutan udara sampai terjadinya bencana kapal Zeppelin pada perjalanan trans-Atlantik di New Jersey 1936 yang menandai berakhirnya era Zeppelin meskipun masih dipakai menjelang Perang Dunia II.

Setelah zaman Wright, pesawat terbang banyak mengalami modifikasi baik dari rancang bangun, bentuk dan mesin pesawat untuk memenuhi kebutuhan transportasi udara.

Tuesday, April 6, 2010

Sejarah Kereta Elektrik....

TAHUKAH KAMU!

Kereta elektrik pertama berada di jalanraya pada tahun 1830-an, 30 tahun sebelum Perang Saudara Amerika malah ianya lebih popular ketika itu.

Pada tahun 1900, dari 4912 kereta yang dihasilkan, 28% adalah kereta elektrik dan pada tahun 1903, penjualan kereta berkuasa elektrik mengatasi kereta berkuasa gasolin, mewakili 1/3 dari jumlah kereta yang berada di jalan-jalan di New York, Boston dan Chicago.

Apa yang menyebabkan kereta elektrik popular?

Secara asasnya, penyebab kejayaannya adalah seperti apa yang orang zaman sekarang fikirkan berkenaan kereta elektrik pada hari ini ia lebih senyap, mudah dipandu dan yang lebih penting tidak menghasilkan bau atau gas berbahaya.

Kereta elektrik pertama dicipta oleh Robert Anderson dari Scotland pada tahun 1830-an dikuasakan bateri yang tidak boleh dicas semula.

Ketika itu, kereta masih dikuasakan dengan enjin stim.

Orang-orang Perancis telah memperbaiki kaedah penyimpanan kuasa bateri dan semenjak itu, kereta elektrik berkembang di Perancis dan Britain pada lewat 1800-an dan di Amerika pada awal 1900-an.

Ketika itu kereta elektrik hanya boleh bergerak sehingga 20 batu/jam dan terhad kepada golongan berada dan ‘target’ pasarannya pula ialah wanita kerana faktor pengendalian yang mudah (ketika itu kereta berkuasa gasolin susah untuk dihidupkan dan sangat bahaya!).

Pada 1900, rekod kelajuan 66 batu/jam dicatatkan menggunakan bateri 12 volt dan rekod perjalanan bagi satu bateri ialah 180 batu.

SEDETIK INFO....

Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda...

TAHUKAH KAMU BAHAWA....

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar.

Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring.

Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

Sejarah Papan Hitam...

TAHUKAH KAMU!
Papan hitam pada zaman dahulu hanyalah sekeping batu untuk mencatat nota di atasnya tanpa menggunakan kapur tulis kerana pada masa itu kapur tulis masih belum wujud lagi.

Kanak-kanak hanya menggunakan batu kecil untuk menulis di atasnya. Tulisan dengan mudahnya dipadam menggunakan sehelai kain buruk bagi membolehkan nota atau masalah lain ditulis.

Pada lewat kurun ke-18 dan awal kurun ke-19, ‘’papan batu’’ ini sering digunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

‘’Papan batu’’ ini ditambat pada rangka kayu untuk membantu mengukuhkannya dan mengelakkannya daripada retak. Pada masa itu, kertas amat mahal dan sukar untuk didapati dan oleh sebab itu, ‘’papan batu’’ ini amat sesuai sebagai pengganti.Namun, pada suatu ketika, ‘’papan batu’’ ini mula digunakan dengan kaedah terbaru.

TAHUKAH KAMU BAHAWA….

Seorang guru geografi yang bekerja di Scotland dilaporkan telah mengambil ‘’papan batu’’ daripada pelajar-pelajarnya dan menggantungkannya pada dinding.
Dia kemudiannya menggunakannya untuk membuat papan tulis yang boleh diubah untuk menulis maklumat geografi yang membolehkan pelajarnya membaca bersama-sama.
Revolusi papan hitam bermula dari sini.

Pada sekitar 1850-an, sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan papan hitam bersama-sama dengan beberapa perkakas lain seperti dapur (yang menggunakan kayu untuk memasak) dan bangku. Walau bagaimanapun, penggunaan papan hitam masih lagi belum menjadi sesuatu yang biasa.

Apabila teknologi semakin maju, batu yang digunakan untuk menulis pada papan hitam telah digantikan dengan kapur tulis.

Kapur tulis yang lembut ini lebih mudah untuk digunakan pada papan hitam dan juga lebih mudah untuk dibersihkan.

Kain buruk yang pernah digunakan untuk memadam tulisan pada papan hitam telah digantikan dengan pemadam papan hitam yang baru, yang mana mampu menyerap lebih banyak habuk kapur tulis dan mengelakkannya daripada berterbangan di udara.
Papan hitam juga tidak lagi diperbuat daripada ‘’papan batu’’ tetapi kepingan besi dengan porselin.

Sejak kebelakangan ini, banyak sekolah telah menggantikan papan hitam dengan papan putih kerana bimbang dengan masalah kesihatan yang mungkin timbul akibat habuk kapur tulis

Sejarah Pembuatan Motosikal....

Dalam sejarah pembinaan motosikal , Daimler yang terkenal sebagai pencipta motosikal pertama sebenarnya lebih berminat kepada penciptaan kereta berbanding motosikal. Walau bagaimana pun usaha Daimler ini telah disambung oleh seorang lagi perentis iaitu Wilhelm Maybach tetapi dengan bantuan Daimler.

Pada masa yang sama dua rakan baik iaitu Hildeb dan Wolfmuller dari Munich turut berjaya mencipta motosikal dengan menggunakan enjin stim dimana mereka menggunakan basikal sebagai asas motosikal tersebut. Motosikal enjin stim ini tidak lama kerana untuk ciptaan seterusnya mereka menggunakan enjin gasoline. Nama-nama lain dalam penciptaan motosikal ialah Kolonel HC Golden dari England dan Count De Dion bersama rakannya Goerges Bouton dari Perancis juga telah berjaya mencipta motosikal yang menggunakan enjin gasoline.

TAHUKAH KAMU!
Semenjak pencitaan pertama ini telah berlaku banyak revolusi penciptaan motosikal. Dari motosikal pertama yang menggunakan belt atau talisawat sebagai pemacu telah berlaku berbagai perubahan kepada pemacu gegancu dan juga gear.

Walau bagaimana pun pemacu belt masih lagi ada digunakan sekarang tetapi dengan kaedah yang lebih baik dan canggih. Kemajuan motosikal terus berlaku dimana , injap salur masuk secara mekanikal telah dicipta pada tahun1908, transmisi 6 kelajuan jentera Douglas telah dicipta pada tahun 1912 dan lampu elektrik pada tahun 1914.

TAHUKAH KAMU!
Nama-nama seperti Peugeot, Indian, Sears Roebuck, Norton, OD atau Ostner Dresdan dan Triumph merupakan pengeluar motosikal pertama dunia.

Pengeluaran motosikal ini telah bermula semenjak tahun 1899 lagi dimana Peugeot merupakan syarikat pertama yang mengeluaran motosikal untuk pasaran.

Friday, March 5, 2010

Sejarah Motor Vespa

Sejarah motor vespa bermula pada seabad silam 1884 oleh seorang warga Itali yang bernama Enrico Piaggo. Beliau mula merancang industri alat pengangkutan dengan alternatif kenderaan ringan. Maka pada tahun 1945, alternatif penciptaan motor vespa mula ditemui. Pada awalnya ia hanyalah sebuah basikal yang berkonsepkan motor berkerangka besi dengan lekuk membulat bagai terowong. TAHUKAN ANDA! bahawa perkara yang paling mengejutkan dalam penciptaan vespa ini pada awalnya ialah staternya dirancang dengan menggunakan komponen bom manakala rodanya diambil dari pesawat tempur (kapal terbang perang). Maka dengan itu muncullah buat pertama kalinya produk motor dengan siri P108. Motor ini berteknologi sederhana tetapi mempunyai bentuk yang amat menarik kerana rangka bentuk motor ini seolah-olah seperti lebah. Akibat daripada rekabentuknya itu, motor ini sering di gelar sebagai ‘Wespe’ atau ‘Vespa’.
Bagi mengoptimumkan bentuk dan keselesaan penggunanya, peniaga yang pada masa itu masih beroperasi di kaki lima mula merancang untuk mereka papan penutup kaki pada bahagian depan motor. Perancangan ini dipimpin oleh ahli teknik konstruksi terkenal di Itali pada masa itu iaitu Corradino d’Ascanio. Papan penutup kaki itu dicipta seakan-akan seperti papan peluncur dan terdapat sesetengah daripada pekerja mereka yang menggelarkan motor tersebut sebagai motor Paperino.

TAHUKAH ANDA! Bahawa motor vespa ini ternyata laris bagai kacang goreng dipasaran luar Negara seperti di Perancis, Belgium, Sepanyol, Brazil dan India. Mungkin anda tidak mengetahui mengapa motor vespa laris di Negara India.. Ini adalah kerana penduduk di Negara India kebanyakkannya menggunakan kain teruatama bagi kaum wanita yang gemar menggunakan kain sari. Keadaan ini memudahkan mereka menaiki vespa yang mesra pengguna. Negara India juga menghasilkan produk yang mempunyai jenis dan bentuk yang sama seperti vespa dengan mengambil mesin bajak sebagai bahan utama dalam mencipta vespa. Jenis bajak tersebut ialah Bajak Deluxe dan Bajak Super. Terdapat sejumlah pihak yang menawarkan untuk mengikuti projek pembuatan vespa ini.
Pada tahun 1950 muncullah vespa 125 cc buatan Jerman. Pada masa tersebut banyak Negara lain yang mencuba untuk membuat produk yang serupa tetapi ternyata mereka tidak sedikit pun mapu menyaingi Piaggio. Melalui penyelidikan yang telah di lakukan oleh pengkaji-pengkaji, fanatik (sifat begitu teruja) terhadap vespa ternyata muncul akibat daripada cirri dasar bentuk motor ini yang selalu dipertahankan pada setiap kali berlakunya revolusi terhadap pembuatan vespa. Bahkan semasa mereka melakukan revolusi bentuk pada produk baru iaitu Vespa 150 GS, keutamaan bahagian belakang vespa bahenol masih di kekalkan sehingga sekarang. Malahan motor vespa jenis 150 GS ini dikenali sebagai Vespamore dan hampir sering muncul di setiap filem pada tahun 1960-an. Pada tahun tersebut, handel motor vespa beserta lampu depannya di satukan tetapi secara keseluruhan bentuk bahagian belakang motor vespa tersebut benar-benar masih lagi berbentuk bulat tetapi unik.

Perkembangan pada peringkat seterusnya, vespa diarahkan dalam bentuk sport yang nampak pada produknya pada tahun 1951. Malahan produk tersebut sempat mendapat pingat emas untuk kategori motor sport di Eropah. Malahan kebenaran mengenai ketangkasannya terbukti dengan pecahnya rekod kecepatan 171 km/jam untuk kenderaan vespa bermesin siri 125 cc. Sejak itulah para Vespamania terlihat sering berkonvoi ke luar kota secara berombongan.

TAHUKAH ANDA!.. Pada tahun 1996, vespa telah merayakan ulang tahunnya yang ke-50 dengan melancarkan vespa generasi baru dengan pengenalan model ET4 125 cc. Pada tahun tersebut juga, penjualan vespa mencapai jumlah 15 juta terjual di seluruh dunia. Manakala pada tahun 1998, vespa PX yang model skuter terlaris di dunia dengan lebih 2 juta unit terjual sejak dilancarkan, menerima kembali gaya dan brek cakera depan. Pada tahun 2000 pula vespa butik pertama di Amerika Syarikat akan dibuka di Sherman Oaks, CA dan pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2001 vespa sekali lagi sedia dijual di Amerika Syarikat dengan 2 model vespa iaitu ET2 (50cc) dan ET4 (150cc) akan di jual di lebih daripada 30 buah butik.