TAHUKAH KAMU!
Kereta elektrik pertama berada di jalanraya pada tahun 1830-an, 30 tahun sebelum Perang Saudara Amerika malah ianya lebih popular ketika itu.
Pada tahun 1900, dari 4912 kereta yang dihasilkan, 28% adalah kereta elektrik dan pada tahun 1903, penjualan kereta berkuasa elektrik mengatasi kereta berkuasa gasolin, mewakili 1/3 dari jumlah kereta yang berada di jalan-jalan di New York, Boston dan Chicago.
Apa yang menyebabkan kereta elektrik popular?
Secara asasnya, penyebab kejayaannya adalah seperti apa yang orang zaman sekarang fikirkan berkenaan kereta elektrik pada hari ini ia lebih senyap, mudah dipandu dan yang lebih penting tidak menghasilkan bau atau gas berbahaya.
Kereta elektrik pertama dicipta oleh Robert Anderson dari Scotland pada tahun 1830-an dikuasakan bateri yang tidak boleh dicas semula.
Ketika itu, kereta masih dikuasakan dengan enjin stim.
Orang-orang Perancis telah memperbaiki kaedah penyimpanan kuasa bateri dan semenjak itu, kereta elektrik berkembang di Perancis dan Britain pada lewat 1800-an dan di Amerika pada awal 1900-an.
Ketika itu kereta elektrik hanya boleh bergerak sehingga 20 batu/jam dan terhad kepada golongan berada dan ‘target’ pasarannya pula ialah wanita kerana faktor pengendalian yang mudah (ketika itu kereta berkuasa gasolin susah untuk dihidupkan dan sangat bahaya!).
Pada 1900, rekod kelajuan 66 batu/jam dicatatkan menggunakan bateri 12 volt dan rekod perjalanan bagi satu bateri ialah 180 batu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment